Thursday, February 2, 2012

TeRkenANgkAn naSihAt UmMi


Pelita Hidup sabuah warkah nasihat halwa telinga yang ummi dodoikan untuk kami. Sedar ataupun tidak isinya adalah panduan bekalan perjalanan. Langkah mesti diteruskan agar buah-buah nasihat yang manis ini menjadi azimat kendiri membina kehidupan yang berkat.


p/s: sekadar berkongsi, ini nasihat ummi kepada kami, biarlah ummi yang mendodoikan..

Bismillahi awaluhu wa akhiruhu...


Mohammad memohon perlindungan-Mu ya Allah

Dengan nama Allah yang Maha Agung dan penuh Berkat. Puji-pujian hanya kembali kepada-Nya. Selawat dan salam ke atas mu Muhammad s.a.w menjunjung kasih, setia membawa risalah Allah yang penuh dengan kerahmatan dan kemuliaan yang disulam dengan penuh mukjizat walaupun kerap dihinggapi cemuhan,tekad pendirian mu terhadap ummat akhir zaman serta nekad yang tetap mempertahankan kasih dan sayangmu demi menjadikan ummat ini akhirnya dibalas Allah dengan penuh ketenangan yang mendamba segenap kerinduan terhadap perjuangan dan peribadi mu yang tersanjung mulia.

Dengan nama Allah,

Mohammad mulai penulisan ini dengan setitis ilmu Allah, mudah-mudahan boleh dikongsi dan diperguna dan di 'market' kan kepada yang lain. Mudahan langkah kecil hamba ini, Allah sudi berikan sakinah yang berpanjangan untuk kehidupan yang mendatang bahkan sudi digandakan, mudah-mudahan kehidupan selepas ini juga turut dipenuhi 'LOVE' yang tiada difikir dikantung akal manusia.

Yang Maha Pemurah,

Mudahan ada perkembangan idea yang sudi dikongsi dan dimuat turun untuk penjanaan minda agar berlaku aura KEILMUAN, mudahan usaha para ulamak sebagai pewaris an-biyak dapat di 'sanad' kan kepada segenap lapis ummat ini. Seperti janji Allah dalam risalah akhir kepada kekasih-Nya, Muhammad s.a.w

Firman Allah: 
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Adz-Dzikra (Al-Qur’an) ini, 
dan sesungguhnya Kami
 jugalah yang akan (tetap) menjaganya
[Al-Hijr : 9]

Mudahan anugerah syifak ini diperguna secakna mungkin agar penerapan roh ilmu ke dalam jiwa ummat ini terus mekar segar dan bertambah indah disulami permata-mata sufi agar ketengan jiwa ummat ini sejajar dengan pengajaran yang dibawa oleh junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w sehingga tiba hari perhitungan. Hari si anak tidak dapat membantu si ayah dan si ayah tidak dapat membantu si anak kerana keluh kesah menanti giliran dihitung di hadapan Allah, dalam mahkamah yang penuh dasyat dan berteknologi canggih yang tidak terfikir dek akal manusia yang lemah.


Firman Allah:
"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong,
kerana sesungguhnya kamu sesekali tidak dapat menembus bumi dan
sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung"
[Luqman I : 18]

Yang Maha Pengasih,

Mohammad memohon magfirah, rahim,muhaimin serta inayah-Mu Ya Allah. Berkatilah usaha kecil hamba ini, sinarkanlah hati ini dengan nur Rabbani agar penulisan dan buah fikir yang bakal di bait-bait kan dalam ruangan ini lekat di hati-hati pembaca (terima kasih kerana sudi menyelak ilmu di sini) pada masa yang sama membina networking ilmu yang berjaya dalam melayari bahtera agama Islam yang semakin hari semakin dicabar kewibawaannya oleh musuh-musuh ISLAM laknatullah.

Mudah-mudahan jaringan ini menjadi sebahagian daripada pendokong yang merebut giliran memegang panji-panji ISLAM dengan penuh taat setia sehingga dianugerahkan Allah pemenang anugerah JIHAD yang sentiasa diiktiraf oleh Allah serta segenap makhluk-Nya baik di dunia mahupun di langit kerana anugerah ini pasti mendapat sorakan hebat penghuni dunia yang beriman apatah lagi yang berada di langit, gegaran sorakan ini pasti tidak dapat dilupakan oleh pemenangnya kerana ia adalah saat yang paling indah bersama pasukan syuhada yang lain ber 'holiday' di dalam hotel syurga al-firdaus yang penuh indah, dilayani pemaisuri yang tiada tua, manis sentiasa tiada jemu. Tajaan Kerajaan Allah kepada mereka yang taat mempertahankan agama Islam yang tercinta.


Benarlah kata-kata Allah yang Maha Agung...


Ayuh ummat,
mari kita bersatu,
Jangan difikir lagi apa itu, ini, jika, kalau, bila,
Untuk agama ini.

Ayuh ummat,
Segerakanlah langkahmu,
Pantaskan mindamu dengan penuh cakna,
Kolebrasi ilmu yang ada dijana segera,
Agar kebajikan dan amanah untuk Islam,
Diperkemas dengan penuh selenggara,
Mudahan segala maklumat dikongsi bersama,
Penuh kebenaran yang mengalahkan kepalsuan.

Ayuh ummat,
Bangunlah hatimu,
Laungkanlah seruan Taubat,
Diperhebat dengan perencah zikir munajat,
Marilah sama menyambut JIHAD,
Agar putus segala anasir jahat.

Ayuh ummat,
Segala kudrat dikurnia adalah percuma,
Milik kekal Allah Yang Esa,
Mari al-fatihah ke atas pewira,
ke atas junjungan utusan mulia,
Nabi Muhaammad ibn Abdullah...

Wednesday, January 26, 2011

SIRU 'ALA BARKATILLAH YA UMMI


Ya Allah,
Damaikanlah wajah tenang ini,
Kurniakan kekuatan dan keyakinan dalam dakwahnya,
Tetapkan keyakinannya,
Kukuhkanlah ikatan keluarganya,
Hindarinya dari fitnah akbar,
Hantarkanlah segala pertolongan-Mu dalam jihadnya

Ya Allah,
dia ummi, dia juga isteri, dia juda murabbiyah,
Kurniakanlah taufiq dan hidayah-mu,
Izinkanlah dia mendodoi TENANG dengan kesyumulan agama-Mu,
dia adalah wakil kami,
Memperjuang keadilan dan kebenaran,
Berikanlah kemenangan kepadanya,
Lenyapkanlah kabatilan,
Agar kami tenang di bawah sinar hidayah-Mu,
Tenang di dalam maghfirah-Mu,
Tenang di dalam pelukan kasih sayang-Mu

Ya Allah,
Izinkanlah, izinkanlah,izinkanlah,
Kurniakanlah kemenangan dalam jihad kami,
Berkatilah perjuangan kami,
Permudahkan segala urusan kami,
Jauhi kami daripada kejahatan tangan-tangan manusia,
Segala segala kehendak dan kebesaran-Mu,
Kurniakanlah kemenangan..

Allahumma amin, amin ya rabb

Sunday, January 23, 2011

"MULA MERANGKAK"


"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih"




Ya Allah pimpinlah hamba, tenangkanlah hati hamba,
izinkanlah hamba menumpang di bawah naungan rahmat dan kasih sayang-Mu
Allahumma amin